Thursday, 17 November 2011

Notis Mesyuarat Agung Khas MyPSA-WA dan "Meet and Greet" Program

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ahli-ahli MyPSA WA yang dikasihi,

Pihak MyPSA WA 2011/2012 ingin menjemput tuan/puan menghadiri Mesyuarat Agung Khas dan "Meet and Greet Program". Butiran program adalah seperti berikut:   

Tarikh: 26 November 2011
Masa: 8.45 am - 12.15pm
Tempat: Hill Lecture Theatre, Murdoch University (Dewan yang digunakan untuk AGM sebelum ini)
Jamuan makan: Menu Utama disediakan oleh MyPSA WA dan Potluck sangat dialu-alukan


Atucara penuh program adalah seperti berikut:

8.45am - 9.15am:        Pendaftran
9.15am - 9.25am:        Ucapan Pengerusi Majlis dan Bacaan Doa
9.25am - 9.30am:        Ucapan Presiden MyPSA WA Sesi 2011/2012
9.30am - 10.00am:      Pembentangan dan Pembahasan Usul
10.00am - 10.10am:    Ucapan Penangguhan
10.10am - 10.40am:    Sesi Taaruf bersama pelajar baru dan Ucapan Perpisahan oleh pelajar senior yang akan pulang
10.40am - 11.00am:    Penyampaian Sijil
11.00am - 11.10am:    Sesi Fotografi
11.10am - 12.15pm:    Jamuan dan bersurai


Sepanjang program akan diselitkan acara cabutan bertuah. Oleh itu, marilah bersama-sama kita memeriahkan SGM dan "meet and greet program" ini.

Zainun Mohd Shafie
Setiausaha MyPSA WA 2011/2012

Tuesday, 15 November 2011

Basic Cupcake's Decorating Class (Hands On)

Dear all,

The Malaysian Postgraduate Student Association WA (MyPSA-WA) will organize a Basic Cupcake's Decorating Class (Hands on). Details as below:

Date: 10th December 2011
Time: 9.30am
Venue: 8 Iandra Loop, 6155 Willetton (rumah Yusni&Ahmad Hisham, Murdoch)
Fees: $12/pax


Please text Yusni at 0402324598 or email yusham75@gmail.com to reserve your spot.
 So come and join us for a fun day.


Thanks and best wishes

Afiza Ayub
MyPSA-WA 2011

Friday, 11 November 2011

Program Santai Minda - PhD Journey: Tips & Motivation

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahwa sekumpulan penyelidik dari UUM diketuai oleh Prof Madya Dr Azilah Kasim akan datang ke Perth pada 14 November ini untuk urusan penyelidikan/kolaborasi dgn Murdoch Universiti. Dr Azilah ada menawarkan untuk berkongsi pengalaman penyelidikan dan penyeliaan PhD dengan para pelajar pascasiswazah di sini.

Oleh itu, pihak MyPSA WA ingin mengambil kesempatan tersebut dengan menganjurkan sesi dialog bersama beliau dan 5 ahli rombongan yang terdiri daripada 4 Prof Madya dan 2 PhD holder seperti butiran berikut:

Tajuk: PhD Journey:Tips & Motivation
Tarikh: 15 November 2011 (Selasa)
Masa:  7.45 - 9.15 pm
Tempat: 6 Ardessie St, Adross Perth (Rumah Atache Pendidikan EMAP)
Jamuan ringan: Potluck

Pimpinan MyPSA ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Rudy Adrie Idris  (Atache Pendidikan) atas kebenaran menggunakan kediaman beliau untuk melaksanakan program ini serta sdr Ahmad Hisham Zainal Abidin yang menjadi contact person dengan rombongan Dr Azilah.

Bagi saudara/saudari yang berkelapangan dan ingin mendapat suntikan semangat daripada mereka, mohon RSVP sebelum/pada 14 Nov 2011  (Isnin) kepada sdr Ahmad Hisham (0421017080) bagi memudahkan pengurusan. Semoga majlis ilmu ini dapat memberi manfaat dan menjadi sumber inspirasi untuk meneruskan 'journey' kita. 

Sekian terima kasih.

SALMAH ABDUL AZIZ
MyPSA WA 2011/2012

Sunday, 30 October 2011

Musibah Kemalangan Saudari Kasmah (Curtin Uni) & Saudara Aziz

Assalamualaikum WBT. & Salam Sejahtera,

Dukacita dimaklumkan bahawa satu musibah kemalangan kenderaan melibatkan rakan kita iaitu Saudari Kasmah ( Curtin Univ) & Saudara Aziz telah berlaku pada hari Rabu lepas (26 Oktober 2011).

Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa mahupun kecederaan namun kemalangan tersebut telah menyebabkan kenderaan beliau rosak teruk.

Justeru, pihak MyPSA-WA telah melancarkan TABUNG DERMA KEMALANGAN SAUDARA AZIZ & KASMAH dan memohon kepada rakan-rakan yang berkemampuan, bermurah hati untuk menghulurkan sedikit derma ikhlas bagi mengurangkan beban beliau.

Sumbangan jug boleh disalurkan terus kepada Saudara Aziz (No HP : 0431718741) atau melalui transaksi ‘online’ ke Akaun MyPSA-WA, maklumat bank seperti berikut :

Nama Akaun : Malaysian Postgraduate Students Assoc. WA
BSB : 306-065
No. Akaun : 050380-6
Cawangan : BANKWEST Curtin CSC
(Sila nyatakan di ruangan ‘Note’ atau ‘Description' : "KEMALANGAN-AZIZ KASMAH")

Sekali lagi, saya mewakili Pimpinan MyPSA-WA Sesi 2011/2011 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang membantu dan semoga Allah SWT. membalas jasa baik rakan-rakan sekalian, InsyaAllah.


Sekian, terima kasih.

"Bersama-sama Kita Kukuhkan MyPSA-WA"


Yang benar,

Zawawi Ab Rahim
Biro Kebajikan
MyPSA-WA Sesi 2011/2012

Musibah Menimpa Adik Hariz (Anak kepada Zukhairi & Ramisah (Murdoch))

Assalamualaikum WBT. & Salam Sejahtera.

Rakan-rakan ahli MyPSA-WA sekalian,

Dimaklumkan bahawa anak kepada pasangan Sdr Zukhairi & Ramisah (Murdoch) iaitu Adik Hariz Izzuddin dalam keadaan kurang sihat (appendiks) dan telah dimasukkan ke Princess Margaret Hospital (PMH) katil 8B, Ward 5C pada 30/10/2011,Ahad (hari ini). Buat masa ini diberitakan Adik Hariz akan menjalani pembedahan kecil di bahagian perut pada hari ini.

Pihak MyPSA-WA juga telah mewujudkan TABUNG ADIK HARIZ dan memohon kepada rakan-rakan yang berkemampuan untuk menghulurkan sedikit sumbangan bagi mengurangkan beban kepada keluarga pasangan Zukhairi  & Ramisah (Murdoch) dan juga Adik Hariz.

Sumbangan boleh terus disalurkan kepada Zukhairi & Ramisah dengan menghubungi (Tel : 0423348895) atau (sumbangan kewangan) disalurkan melalui akaun MyPSA-WA seperti berikut :

Nama Akaun : Malaysian Postgraduate Students Assoc. WA
BSB : 306-065
No. Akaun : 050380-6
Cawangan : BANKWEST Curtin CSC


(Sila nyatakan di ruangan ‘Note’ atau ‘Description’ : "TABUNG ADIK HARIZ")

Pihak MyPSA-WA juga memohon kepada rakan-rakan agar sama-sama berdoa agar Adik Hariz selamat menjalani pembedahan dan sembuh serta sihat seperti sedia kala, InsyaAllah.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,


Zawawi Ab Rahim
Biro Kebajikan
MyPSA-WA Sesi 2011/2012

Saturday, 29 October 2011

Academic Coffee Session MyPSA-WA & AIPSSA 2011


Assalamualaikum..Salam Sejahtera..Good Day

Sebagai meneruskan tradisi kecemerlangan budaya ilmu, saudara/saudari warga MyPSA WA yang berkelapangan dijemput menghadiri Academic Coffee Session (ACS) yang julung kali dianjurkan bersama oleh Malaysian Postgraduate Students' Association Western Australia (MyPSA WA) dan Association of Indonesian Post-Graduate Students and Scholars in Australia (AIPSSA) dengan sokongan sepenuhnya daripada Education Malaysia Perth (EMAP) serta Konsul Umum, Republik Indonesia.

Tarikh : 29 Oktober 2011 (Sabtu)
Masa : 1.15 - 4.45 petang
Lokasi : Conference Room, Science and Mathematics Education Centre (SMEC)
Building 220, CURTIN UNIVERSITY **bertentangan parking musolla Curtin, bersebelahan bangunan CSIRO & berdekatan bangunan ChemCentre (B500) (south entrance via Manning Rd)

Terima kasih kepada semua pembentang yang sudi berkongsi ilmu iaitu:
 
MyPSA WA
  1. Intan Suhana Zulkafli (The University of Western Australia): Effects of high energy diet and high omega-3 fatty acids on the programming effects of fetal glucocorticoid excess
  2. Wahiza Wahi (The University of Western Australia): Ways forward: Surviving the academic endeavour
  3. Wan Mariam Wan Muda (The University of Western Australia): LaTeX: A document preparation system
 
AIPSSA
  1. Josephine Ratna (Curtin University): The association of psychological factors (coping strategies, anxiety and depression) and oxidative stress markers in end-stage renal disease patients
  2. Ahmad Taufik (Murdoch University): Sustainable energy for future transmigration and rural villages in Indonesia: Field survey at the Tanjung Mas Makmur, Mesuji, Lampung
  3. Rahayu Puspa (Curtin University): Examination of state owned enterprises in Indonesia: The impact of government involvement

Semoga sokongan padu dan komen yang membina sesama rakan-rakan postgrad akan dapat memberi manfaat kepada semua, InsyaAllah.
 
Sekian terima kasih.

SALMAH ABDUL AZIZ
MyPSA-WA 2011/2012